Tanggal 11 MARCH 2012, bukan tanggal panties... satu perhimpunan aman diadakan kat Hotel Royale Bintang The Curve Damansara. Peliknya takde pulak polis mengawal keadaan sebab memang betul2 aman damai. Inilah yang terjadi pada petang Ahad hari tu... kartunis-kartunis dari nama kecik sampai nama besar, yang dah legend pun ada. Di kepalai oleh kartunis LAT selaku tuan rumah, aku seronok sebab dapat jadi sebahagian dari kumpulan kartunis tanahair. Betul kata abang Nayan, "Dalam berjuta rakyat Malaysia, cuma segelintir yang hadir pada hari ni memilih untuk jadi pengkartun."
Poster ni aku yang buat, hef hef hef! Bangga...
Tepat 3 petang Geng Sungai Buloh sampai Tesco The Curve. Turun kereta penuh bergaya ala2 mafia memang sangat mendebarkan.
Sebelum bergerak masuk hendaklah merokok beramai-ramai depan pintu shopping mall. Baharulah nampak cool!
Kalau nak nampak lagi cool cubalah meludah tepat ke kaki lima shopping mall tersebut. Perbuatan akan nampak lebih cool bila buat depan sekuriti.
Setelah melakukan perbuatan cool tersebut maka cepat-cepat masuk shopping mall. Jalan beriringan akan menambahkan lagi seri kaki lima.
Carilah papan tanda majlis untuk dijadikan pedoman arah mana nak tuju. Shopping mall sekarang mampu buat orang kampung sesat tak jumpa pintu keluar.
Sekiranya penat maka rehat dulu... duduk elok2. Mana yang tak dapat duduk biasanya akan bertengkar sesama sendiri.
Pedoman yang cantik elok dikenang dalam album foto henset masing-masing.
Cari kaunter pendaftaran untuk mendapatkan maklumat dan hadiah pintu sekiranya ada.
Hadiah pintu ada bermacam bentuk, kali ini bentuk sticker nama sahaja.
Cari sticker nama masing-masing hingga dapat. Kalau tak ada memang boleh kecik hati woo...
Setelah menampal tanda nama tahap ke'cool'an diri akan meningkat 26%.
Kenapa Gayour sudah tak Gayourock lagi? Sebab lembu dah rampas dia punya rock. Got it? Tapi yang tak got it nya kenapa ada taugeh pulak kat tengah2 sambil menggayakan pinggul montoknya?
Pertemuan dengan rakan2 lama memang buat tahap cool jadi kurang. Ini tak boleh jadi!
Aku dapat rasakan aura kartun yang amat kuat kat dalam gambar nih.
Tuan Haji Zainal Buang Hussein.... lukisan Ferrari merahnya masih aku ingat sangat2.
Katunis M1, BABA datang membantu.
AKU NAPIE seorang budak yang aku nak lihat dia berjaya jadi somebody. Itu janji aku!
SIREH... ini dia Sireh tu ye... hef hef hef!
Hasil kerja tangan AKU NAPIE. Dia datang dari perlis semata-mata nak hadiri hari bersejarah ni dengan buku hasil tangan sendiri. Memang ini semangat sebenar kartunis!
Pertembungan tiga arus perdana. Ntah hapa2 aku tulis ni.
Kalau ada orang tanya siapakah karikaturis pertama Malaysia? Ini jawapannya... TAZIDI
Pyanhabib pun ada jugak! Aku makin sukakan parti ni.
LAT mula memberi ucapan dan kata2 hikmat.





























































